......., terutamanya dara dan teruna yang belum berkahwin lagi,
Ibubapa mesti risau dan
susah hati sekiranya anak gadisnya tak berkahwin-kahwin apabila sudah
sampai masanya. Yang merisaukan mereka semasa anak gadisnya sudah
bertunang itu, ada berita dari pihak lelaki nak putuskan ikatan
pertunangan itu.
Ada juga pihak lelaki
yang berjanji pada awalnya nak masuk meminang anak gadisnya tiba-tiba
tak jadi datang pula, tunda tarikh lain..lastx senyap begitu sahaja
tanpa berita.
Kata orang 'Jodoh itu ditangan tuhan', tetapi sebagai hamba-Nya hendak juga berusaha untuk mendapat jodoh yang baik supaya kekal sepanjang hayat.
Banyak email penulis terima dari pembaca yang kes nak putus tunang dan satu email dari seorang lelaki yang pinangannya ditolak.
Masalah kemungkinan terjadi disebabkan sihir, jin telah jatuh cinta pada gadis tersebut dan lain-lain sebab. Yang sebaik-baiknya bergantung harap dan tawakal pada Allah SWT.
Jalan singkat yang
selalu diambil oleh sesetengah gadis yang malang begini, mula jumpa
bomoh dan mandi bunga untuk buang sial, majal. Jangan lakukan perbuatan
syirik ini. Dosa besar! Ada ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh dibuat
mandi mengantikan "Mandi Bunga". Selalulah membaca "Doa mendapat Jodoh" Pilihlah jalan yang redha oleh Allah SWT.
Cara-caraNya:
Baca doa ini pada ayer
mandian secukupnya serta ayer mineral untuk diminum. Apabila mandi
dengan ayer bacaan doa itu, Perahkan 2 atau 3 biji limau nipis dan
masukkan kedalam ayer mandian berserta limau itu. Limau nipis baik untuk
menghalau jin atau syaitan yang menghuni dalam badan.
Digosok seluruh badan
pada semua bahagian anggota, dicelah-celah ketiak, pelipat, dll dengan
tangan. Akhir sekali jirus dari atas kepala hingga hujung kaki. Semasa
jirus itu baca selawat banyakx dan niat. Niat terpulanglah.
Maksudnya:
1. Alif,
Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) dan apa yang
diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi
kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
2. Allah
jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang
sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy
dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya);
tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah
ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia
menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin
kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
3. Dan
Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya
gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan
dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua.
Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang
(mahu) berfikir.