Doa ini boleh diamalkan
oleh yang mereka yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin. Jadi
berusahalah dan berikhtiar kerana masih belum terlambat sebelum menjadi
luka menjadi kudis dan bernanah.
Cara-cara memulihkan:
1. Solat hajat -
minta dipermudahkan dan dimakbulkan (Baca doa ini selepas solat hajat) -
Mohon pada Allah SWT kembalikan perasaan cinta dan kasih sayangnya
terhadap anda
2. Boleh amalkan doa ini
selepas setiap kali solat waktu. Baca doa ini dan ditiup pada tangan
dan sapu pada wajah serta lurutkan keseluruh badan.
3. Jika yang sudah
berkahwin, baca pada air doa ini dan minum. Masukkan juga dalam minuman
sidia. Mulakan selawat 3x, Al-Fatihah 7x dan Doa tsb sebanyak 11x.
InsyaAllah dengan izin-Nya dapat diselamatkan rumahtangga anda. Pada Mu,
Ya Allah aku berserah.....
Maksudnya:(SURAH AL AN'NAM: AYAT 122)
Dan
adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan
dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya
(iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang
benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan
cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian
keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita
(kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah
(sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang
beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu
akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan
segala jenis maksiat.