Doa ini bacakan kepada
anggota keluarga atau kepada orang yang terkena sihir pada waktu
kecemasan sekiranya tiada ustaz atau perawat Islam lain yang berdekatan
pada masa kejadian tersebut. Boleh dibaca doa ini terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya dengan ustaz atau perawat Islam selepas itu.
Jika anda syak suami
atau isteri anda terkena sihir. Bolehlah dibacakan padanya, dihembuskan
pada ubun-ubunnya. InsyaAllah jika sihir yang baru sahaja dikenakan dan
belum lagi menjadi teruk pada peringkat awal. Insyaallah dengan izin
Allah SWT boleh sembuh. Lakukan ketika semasa ia tidur. (Jika ada jin
atau makhluk halus dalam tubuh badannya, akan diketahui) kerana makhluk
halus akan menderita serta sakit bila dibaca doa ini).
Jika keadaan sudah
menjadi teruk, eloklah bawa berjumpa dengan mereka yang lebih arif
tentang pengubatan ilmu sihir yang terdiri dari ustaz-ustaz di pusat
rawatan Islam.
Cara membatalkan sihir.
Ambil wudhuk dahulu sebelum memulakan rawatan.
1. Kemudian Shalawat Nabi 3x.
2. Baca Al-Fatihah 7x.
3. Baca Ayatul Kursi 1x.
4. Dan Kemudian baca doa
dibawah ini sebanyak 3x dan dihembuskan pada ubun kepala dan kemudian
diseluruh tubuh. Tekan perlahan pada bahagian yang sakit jika ada
sekiranya diberitahu oleh pesakit. Jika perlu tekan dan ulang baca doa
sambil menekan hingga hilang kesakitan. Jika anda lemah semangat jangan
lakukan. Bacaan hendaklah dibaca dengan betul tajwidnya.