Maksudnya:
(Walaupun
demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah
(untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang
yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat
azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan
itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha
berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
Bacalah doa ini agar
disayangi oleh suami ataupun isteri anda. Selain membaca Doa Ayatul
Mahabbah dan Doa Pengasih. Doa ini baik juga dibaca agar kasih sayang
itu berpanjangan sehingga akhir hayat.
Baca dan hembuskan
dikening orang yang kita sayangi. Niatkan dan doakan didalam hati moga
Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita
sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.