Doa Masuk Tandas

Doa Masuk Tandas

kita tahu bahawa syaitan itu akan melumur najisnya diatas kepala kita jika kita tidak membaca doa dan menutup kepala ketika masuk tandas. Pada zahirnya memang tak nampak dengan mata kasar. Lama kelamaan kepala yang dilumur dengan najisnya boleh menjadi seseorang itu bengap, bengong dan sebagainya.

Tandas awam lagi teruk kerana terdapat berbagai syaitan, jin kafir, hantu belaan yang tidak bertuan dan bertuan berkampung sampai beranak pinak. Terutama di bandar besar yang mana banyak pendatang asing dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh yang datang bekerja di Malaysia. Ada diantara mereka ini juga yang membawa bersama dengan mereka pelesit, jembalangnya sebagai teman untuk mengembara di negara orang. 

Tandas awam adalah tempat mereka menumpangkan syaitan, jin kafir, pelesit ini sebagai "transit". Jembalang, pelesit akan beristirehat di tandas awam kerana tuannya bekerja. Apabila diseru barulah syaitan/jin kafir ini akan datang berjumpa dengan tuannya jika dipanggil untuk "assigment". Ada kes dimana seorang gadis yang kena sampok ketika tukar "pad" dalam tandas. Selamat ke tandas awam?? 

Tandas rumah kawan-kawan kita juga tidak berapa selamat kerana tandas itu mungkin pernah digunakan oleh bomoh/pawang untuk tempat berubat buat mandi bunga, buang sial dan sebagainya. Tempat memecah "telur tembelang" selepas pesakit yang berubat terkena sihir. Sesetengah bomoh menggunakan telur sebagai "medium" untuk mengeluarkan makhluk halus dari badan pesakitnya. Kadang-kadang telur itu dibuang ke dalam sungai. Ada juga yang memecahnya dalam tandas untuk menunjukkan bukti bahawa pesakit itu memang kena gangguan makhluk halus. Syaitan-syaitan dan jin kafir ini akan menetap terus di dalam tandas itu sampai beranak pinak jika dilepaskan dalam tandas.

Pernah berlaku kepada satu keluarga dahulu apabila membeli sebuah rumah yang pernah diduduki oleh seorang bomoh. Rumah itu memang menyeramkan dan ada satu tandas di dalam rumah yang pernah digunakan untuk mandi bunga. Tuan rumah selalu mendengar ada "orang mandi" ditengah malam. 

Setakat ini sahaja diantara kisah-kisah berkaitan syaitan-syaitan yang mendiami dalam tandas-tandas. Betapa pentingnya doa-doa ini diamalkan oleh kita supaya kita senantiasa dilindungi oleh Allah SWT dari syaitan-syaitan yang menderhaka kerana Syaitan juga dirujuk sebagai sesuatu yang kotor, busuk dan penyakit sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang berbunyi:

Allahumma inni a'udzu bika minal khubutshi wal khabaa'its.

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Engkau daripada syaitan jantan dan betina."

Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: 

"Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan."