Nasihat kepada pembaca
ada satu doa yang baik untk menundukkan pasangan mereka yang tidak taat
supaya tunduk dan taat pada pasangannya yang mengamal doa ini.
Insyaallah dengan penuh keyakinan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran
sebagai penawar batin dan zahir untuk hamba-Nya yang lemah.
Carilah jalan yang baik diredhai Allah SWT supaya rumahtangga itu aman bahagia. Janganlah
menggunakan sihir keatas pasangan dengan cara yang dikejikan oleh islam
seperti "Nasi Kangkang" dan lain-lain perbuatan yang salah dalam Islam.
Cara-cara dan amalannya:
1. Baca selepas setiap kali solat.
- Mulakan Shalawat Nabi-3x.
- Al-Fatihah - 7x
- Baca Doa tersebut -3x. (Dan diniat supaya pasangan anda taat/dengar cakap/Patuh/Tunduk)
2. Boleh dibaca pada air
dan diberi minum pada pasangan atau dimasukkan kedalam periuk semasa
menanak nasi. Insyaallah pasangan anda akan tunduk dan taat kepada anda
supaya rumahtangga anda bahagia hendaknya mengikut Islam. (Ikut bacaan
pada bhg1)
Maksudnya:(Surah Shad: Ayat 17,18,19 &20)
17. Bersabarlah
(wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan dan ingatlah
akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan
agamanya); sesungguhnya dia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami
dengan bersabar mematuhi perintah Kami).
18. Sesungguhnya
Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami
bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
19. Dan
(Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji
Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih
masing-masing menurutnya.
20. Dan
Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah
kebijaksanaan dan kepetahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan
menjatuhkan hukuman).