Doa pengasih ini baik
diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu
berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan
minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan
dengan menggunakan sihir.
Jika mengamalkan
ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang
tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang
menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia
disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak
bau syurga bila mati.
Banyak ilmu-ilmu
pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa Pengasih Nabi
Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di
amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang
berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan
amat sayang kepada orang tersebut.
Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.

Maksudnya:
"(Ingatlah
peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan;
aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat
4)
Maksudnya:
"Maha
Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;
sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun
dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)
Cara-caranya:
Setiap kali bertemu atau
bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk
mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca
dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya
membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu,
agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas
solat sebanyak 3 kali.