Jadikan
doa ini sebagai amalan kita setiap kali selepas solat dengan membaca
doa ini sekali. Ia dapat menghindarkan diri kita dari dikhianati atau
dianiayai oleh orang-orang yang terdekat dengan kita ataupun kawan-kawan
yang belum tentu kita tahu nawaitunya.
Doa
ini boleh juga menghindarkan sihir yang dihantar atau tuju kepada kita.
InsyaAllah, moga-moga Allah SWT melindungi kita dari perkara-perkara
buruk menimpa keatas kita.
Maksudnya:
Kerana
sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan
kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka
bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku
tetap di atas jalan yang lurus.